Watak KAMI The Movie

Watak utama

Liyana Jasmay melakonkan watak Lynn dalam filem ini.Lynn (Liyana Jasmay)Seorang gadis dari pekan Kuala Kubu Baru yang mengimpikan peluang untuk mengembara dan menjadi seorang penulis yang terkenal. Sifat berdikari dan pandainya membawa dirinya menjual kerja rumahnya kepada pelajar-pelajar di sekolahnya untuk mencari duit lebih untuk membeli sebuah komputer baru. Berbekalkan keyakinan diri dan hasrat yang tinggi untuk berjaya sebagai seorang penulis, Lynn juga menulis fanzinenya sendiri – KAMI, menggunakan nama samaran "Teka-Teki". Namun, dalam keghairahannya untuk mendapatkan duit Lynn bertembung dengan seorang penjual dadah yang bernama Boy dan mula terjerumus dalam dunia pengedaran dadah. Tindakannya memaksa ibu Lynn untuk membuat keputusan berpindah ke KL dan memulakan hidup yang baru.
Dalam filem ini, Lynn sudah memberhentikan fanzine KAMI untuk menjadi seorang pengulas muzik bagi majalah Junk, masih memakai nama Teka-Teki. Lynn menyimpan rahsia berurusan dengan Boy itu dari empat rakan-rakannya sehingga Boy dapat mengejarnya di Kuala Lumpur.Ali (Syarul Ezani Bin Mohamed Ezzuddeen)Anak seorang usahawan yang ingin menceburi diri dalam bidang muzik tetapi kurang berkeyakinan diri untuk meneruskan cita-citanya dan juga suka memendamkan perasaan. Ali pernah menjalani program pemulihan dadah dan sedang berusaha untuk mendapatkan kembali kepercayaan ibu terhadap dirinya, tetapi melihatkan keretakan perkahwinan ibubapanya yang disebabkan oleh kemerosotan urusniaga bapanya dan kedinginan ibu terhadap dirinya mula memberi tekanan kepada Ali.
Dalam filem ini, Ali menjadi seorang jurujual di agensi pelancongan tetapi kurang minat dengan kerja ini berbanding aspirasi menjadi pemuzik. Sementara itu, ibu bapanya sudah bercerai dan ibunya hendak kahwin lagi. Ali melibatkan dirinya dalam konflik Lynn dan Boy dengan cubaan menjauhkan Boy dari Lynn.Juliana Evans melakonkan watak Sofie di dalam filem ini.Sofie (Juliana Evans)Seorang gadis jelita yang ingin diambil serius kerana kepandaiannya dan bukan kerana paras rupanya. Seperti Ali, Sofie juga membesar melihatkan keretakan perkahwinan ibu bapanya. Kini setelah ibunya meneruskan perceraian buat kali kedua, Sofie mula berasa tertekan menurut kehendakan ibunya yang ingin membentuk Sofie sebagai isteri yang sempurna. Pengaruh ibunya juga telah menjejaskan hubungan antara Sofie dengan Ali. Dalam filem ini, Sofie berjaya diterima masuk ke dalam Universiti Norweden (rekaan) di UK, padahal ibunya gagal dalam cinta lagi.Abu (Nas T Muammar Zar)Kawan setia Ali yang sentiasa boleh diharapkan dan seorang yang suka bergurau dan pandai mengambil hati. Di sebalik paras rupa yang ceria itu, Abu sebenarnya menyimpan perasaan sedih kerana sikap dingin Bapanya disebabkan peristiwa silam. Tetapi penglibatan Abu dalam kecurian dan pergaduhan merenggangkan lagi perhubungan antara dia dan bapanya.
Dalam filem ini, Abu dimasukkan dalam pusat pemulihan kerana mencuri dalam kisah siri TV, tetapi berjaya memecah keluar untuk bersatu semula dengan rakan-rakannya. Dia menumpang di rumah Ali buat seketika, tetapi perangai lamanya kembali menyusahkan semua. Abu akhirnya terjerat dalam pertelingkahan Lynn dan Ali dengan Boy lalu menggadaikan nyawa sendiri untuk menyelamatkan mereka berdua.Adii (Ani Zayanah Ibrahim)Sepupu Ali yang ceria perwatakannya dan sentiasa inginkan rakan-rakannya gembira. Walaupun terpaksa berhadapan dengan masalah pendengaran ibunya yang menimbulkan situasi-situasi yang memalukan, Adii sentiasa cuba bersikap positif. Hubungan yang dijalinkan bersama seorang lelaki yang ditemui menerusi laman web tidak kesampaian apabila lelaki itu menghilangkan diri secara misteri. Sungguhpun begitu, Adii tetap menaruh harapan untuk bertemu dengannya.
Dalam filem ini, Adii terpaksa menerima penjelasan Abu mengenai pemergian seorang bernama "Vanilla Ais".Boy (Zahiril Adzim)Seorang pengedar dadah yang pernah berurusan dengan Lynn dalam kisah siri TV KAMI. Setelah gagal menyiapkan urusan itu, Boy mengejar Lynn ke Kuala Lumpur untuk memeras Lynn agar hutangnya dilangsaikan.

Watak pembantu